Sunday, November 01, 2009

mendengar dan didengari

Listen to each other. Maka wujudlah komunikasi 2 hala yang menciptakan chemistry yang bagus.

Sekarang kita balik kepada kehidupan kerana lakonan itu lahir dari kehidupan. Perhubungan 2 manusia dan juga chemistry 2 manusia. Ini yang aku mahu cerita sekarang. (sebenarnya dari tadi).

Dalam perhubungan 2 manusia untuk mencipta chemistry yang bagus, antara perkara yang harus ada ialah reacting. MENDENGAR. Barulah berlakunya komunikasi 2 hala. Apabila 2 manusia saling mendengar, akan timbullah chemistry permulaan. Dan jika berterusan mendengar sesama sendiri, kekuataan serta kegagahan chemistry itu akan muncul dengan sendirinya.

MENDENGAR itu bukan setakat hanya mendengar dan ulang semula, tetapi MENDENGAR itu harus diiringi dengan fokus dan kesungguhan terhadap apa yang didengar oleh partner. Bagaimana kita dapat memberi reaksi jika kita tidak mendengar? Kalau apa yang diluahkan oleh partner kita itu adalah masalahnya, bagaimana kita mahu membantu menyelesaikannya jika kita tidak mendengar?

Titik kehancuran sesuatu perhubungan atau anak moden kini menyebutnya relationship ialah apabila salah seorang daripada 2 manusia itu TIDAK MENDENGAR.

Sudahlah tidak mendengar, mahu pula terus bercakap dan mengharapkan partner nya terus MENDENGAR.

Habis, kehancuran relationship bakal tiba. Hanya kerana salah seorang TIDAK MENDENGAR atau kata lain, tidak fokus. Chemistry tidak akan tercipta lagi. Yang diusahakan bakal runtuh. Keserasian itu akan pudar. Kepala ngam tidak kelihatan lagi.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kehebatan chemistry mereka.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kewujudan partner-nya.

Kerana salah seorang daripada mereka tidak lagi tahu apa fungsi perhubungan itu.

Ini tidak kisah, samada perhubungan anak - emak, laki - bini, adik - abang, dan lain - lain termasuklah seorang hamba dan Tuhan. Ya, malah seorang hamba pun mengharapkan doanya didengari Tuhan.

DENGAR.

Jadi dengarlah, jika antara kawan - kawan yang kita suka sedang memiliki apa - apa perhubungan sekarang, gunakan pancaindera untuk react pada pasangan, kerana aku percaya pasangan kamu akan rasa dihargai. Walaupun untuk mencipta chemistry itu bukan hanya setakat MENDENGAR, tetapi ia adalah salah satu tuntutan besar dalam perhubungan.

Tak usah dibayangkan chemistry yang indah, jika tidak mendengar.
Tak usah diucapkan kata cinta, jika tidak mendengar.
Tak usah dirancangakan masa depan, jika tidak mendengar.
Tak usah dirasakan lafaznya penyatuan, jika tidak mendengar.
Tak usah direncanakan kebahagiaan, jika tidak mendengar.

Entahlah, agaknya. Ini hanya teori bodoh aku.

p/s: Aku tahu kamu sedang membaca ini. Aku tulis kerana kamu tidak mendengar, jadi aku mahu matamu membaca ini agar segala apa yang ingin aku katakan, sampai padamu.





dipetik dari :http://zahiriladzim.blogspot.com/





aku suka baca post yang ni,sbb kena pada diri aku,selama ni aku yang x mendengar..mungkin aku mendengar tapi aku tak respon dari apa yang aku dengar..adakala aku mendengar,tapi kemudian aku juga mahu didengar,tak mahu mengalah...


incik bf,saya minta kamu baca bukan dituju pada kamu..cumanya saya mahu kamu lihat,kejadiannya sama seperti kita..dan orang yang tidak mendengar itu adalah saya...

No comments:

Followers