Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Sunday, October 09, 2011

Essential tremors

Sebelum aku mulakan apa-apa..tengok video ni dulu...:)










secara jujurnya..aku tergolong dalam orang-orang macamni..tapi mungkin x seteruk mereka-mereka ni..

untuk kes aku...penyakit..(penyakit ke?).. di panggil Intention tremor...yang mana x lah teruk, akan datang bila dalam keadaan tertentu..


kalau aku..yg aku boleh perasan..tangan aku akan shaking bila aku stress, gabra, gemuruh (sama ke?)...dan kalau aku dalam keadaan tergesa-gesa...


nak kata selalu tu xde plak..kadang-kadang je...


nak cakap pasal perasaan?...


kadang-kadang aku segan/malu dengan orang...kadang-kadang org kata aku parkinson..:'(...sedih..tapi nak buat macam mana..senyum kelat je la..dalam hati menangis!..hahaha


tapi aku dah x kisah pn..sebab dh mmg dari kecik macam ni..takkan aku nak potong tangan plak?..bersyukurla sekurang-kurangnye dgn tangan ni aku dapat makan..minum..sumber rezeki aku jugak tangan ni..




ok..berbalik kepada Tremor ni..bukan termos ye...


dari bacaan aku yang kebosanan..kat internet...ada banyak jenis tremor

 Antaranya:

1.Resting Tremors / Static Tremors 


 tremors berlaku apabila kita tidak bergerak pun. contohnya bila kita berdiri dan tangan di sisi, tangan ini kelihatan menggeletar tanpa kita sedari pun. Lazimnya pesakit Parkinson Disease.

2.Kinetic tremors 


tremors berlaku apabila kita membuat sesuati pergerakan Contohnya waktu kita duduk diam, tiada apa yang berlaku, tetapi apabila kita mengangkat tangan dan ingin mencapai gelas, tangan kita menggeletar. Selalu terjadi apabila ada kecederaan atau penyakit di otak Cerebellum

3.Postural tremors 


 tremors berlaku apabila kita ingin menetapkan posisi diri seperti kita mengangkat tangan ke hadapan dan berusaha untuk maintain posisi tersebut. Jenis ini mempunyai banyak jenis  di bawahnya (subtypes) seperti: 


  • Physiological tremor (memang berlaku semula jadi seperti penulis, tiada sebab khusus)
  • Essential tremor 
  • Tremor dengan basal ganglia disease (ada penyakit di otak . Orang yang menghadapi Parkinson juga kadang-kala menghadapi tremors jenis ini.)
  • Cerebellar postural tremor (ada penyakit di otak cerebellum, maka pesakit otak cerebellum mempunyai kinetic tremors dan juga postural tremors)
  • Tremor with peripheral neuropathy (berlaku apabila menghadapi penyakit urat saraf jenis deria (sensory) )
  • Post-traumatic tremor(berlaku selepas kemalangan)
  • Alcoholic tremor (berlaku selepas minum alcohol)\

4.Task specific tremor


 tremors berlaku apabila kita menulis, bercakap, ataupun berdiri.

5.Hysterical tremors


Tremors berlaku pada perempuan yang kena hysteria.

Jenis-jenis lain:

fine tremors


menggeletar tetapi tak nampak sangat . Antara penyakit: hyperthyroidism. Minum banyak nescafe juga boleh menyebabkan penyakit ini.

flapping tremors


menggeletar apabila kita suruh mengangkat tangan ke depan dan mata ditutup. Sekiranya berlaku, ini bermakna ada organ dalam badan yang gagal berfungsi dan penyakit serius sedang dihadapi.


Jom cerita pasal

Essential tremors (ET):

Dari kajian-kajian (ceh) yang dibuat, tanda menggeletar ini tidak dapat dikawal dan menunjukkan kemungkinan ada penyakit saraf.


Selalunya terjadi sama ada jari-jemari, peti suara (vocal cord) lidah dan dagu. (kalau aku..jari- jemari je...harap xde lah kat tempat lain..amin)


 Tidak berbahaya tetapi boleh mengganggu pergerakan seharian seperti menulis, memegang cawan, makan dan lain-lain. Keadaan ini amat mengganggu pesakit dalam menjalani kehidupan normal. (memang..pernah kadang-kadang kalau minum..aku mcm susah nk pegang cawan..rasa macam ada penyakit kronik plak..:'(..)



Penyakit ini pun dikira penyakit genetik.. 


Antara kepelbagaian tanda:

*tangan menggeletar dalam beberapa ketika dan gagal dikawal
*suara menggeletar
*kepala terhangguk-hangguk
*semakin parah bila kita risau atau tension, atau ingin membuat sesuatu pergerakan
*berkurang dengan rehatkan diri



Pesakit Essential tremors mungkin tidak mempunyai apa-apa penyakit dan mungkin juga menghadapi penyakit lain seperti Parkinson dan migraine.

Belum ada ubat untuk menyembuhkannya kerana ini penyakit genetik tetapi ada ubat untuk mengurangkan tremors tersebut.




well...apa yang aku selalu buat untuk kurangkan penyakit ni..selalunya aku akan tenangkan diri..kalau ada apa-apa yang boleh buat aku rasa gemuruh..aku akan cuba tenangkan diri dulu...tu je..dan setakat ni berkesan..:)






harapnye..masalah ni bukanlah masalah besar untuk aku..dan harapnya jugak xde mendatangkan efect untuk masa-masa akan datang...amin..










p/s: this is me...the real me..:)






sumber: http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-perubatan-medical/56-apa-itu-essential-tremors?tmpl=component&type=raw

Sunday, August 14, 2011

Yang terbaik

Berdoa..
segalanya yang  terbaik
dipermudahkan segala urusan
dan perjalanan hidup


Berharap
kegembiraan untuk semua
kecapi keindahan dunia yang sementara


I have limits....sebab aku tahu tempat aku di mana...but don't worry..aku akan selalu doakan yang terbaik...:')

Sunday, July 25, 2010

Pencarian Harta karun












































p/s: sedih macam mana pun..kita tetap xkan pernah boleh berhenti tersenyum kan?

Saturday, January 16, 2010

Bersenam#1

pagi tadi pergi joging dengan mak n cokni..aku pergi pun sebab teman cokni..hee..kalau tak memang jangan harap la aku nak joging-joging ni kan..lagipun sejak dah ada taman rekreasi dekat area kawasan rumah kitorang ni,jadi cokni pun rajin la nak jogging pagi-pagi..

penat owh joging ni..walaupun aku hanya berjalan dan berjoging sikit-sikit...peha ni berat!!!benci!!rasa macam nak lilis-lilis je!!urgghh!!

harini rasa sakit perut,nak cirit-birit..bongok!!..mengganggu tidur aku..owh..harini nak tukar layout blog..nak update MS..rasa macam nak update kt MS je..sbb kat sana macam rasa bebas sikit..heee

mula terasa bosan dengan rutin harian aku...huu..perlu perubahan..perubahan..perubahan...






p/s:sakit kaki jogging~~~

Followers