Friday, February 05, 2010

yeah!

bosan, xtau nak buat apa..nak cari kerja,tapi aku dah kurang semangat untuk itu..hee. nak cerita sesuatu...


dulu masa aku umur 9 tahun,aku rajin baca buku cerita, masa kecik-kecik aku duduk kampung,mana tahu MPH ke,Borders,Kinokuniya..itu semua aku tak pernah dengar,x macam anak buah aku sekarang..lahir-lahir dah mengadap komputer,main psp,ps 2 sampaikan kadang-kadang bergaduh dengan aku yang dah 24tahun ni sebab tu semua. ye la..zaman aku kecik-kecik dulu benda tu mana la ada, yang ada kat rumah aku dulu PC je..tu pun belas ikhsan kakak aku yang dah habis belajar.


oleh kerana zaman aku muda dulu x ada teknologi yang canggih-canggih,jadi setiap hari minggu arwah ayah akan hantar aku pergi perpustakaan awam. dari pagi sampai petang aku duduk kat perpustakaan tu baca buku. dulu aku suka baca buku penyiasatan. yang aku ingat, Siri salmah...hahaha..aku tak tahu la kot buku ni wujud lagi ke tak...selain dari tu,aku suka baca cerita dongeng..fairytale.


aku rasa,semua budak perempuan suka fairytale. sebab?..sebab fairytale bagi kita rasa dunia ni ada sesuatu yang menunggu kita, buat kita rasa yang satu hari nanti kita semua akan hidup gembira...happily ever after katanya. dan yang paling penting..semua watak baik cantik-cantik belaka,dan watak jahat pula..wajah buruk.


dan tak mustahil lah, kalau aku kata yang aku membesar dengan percaya semua tu. sedangkan pada realitinya, x semua yang cantik tu baik, dan bukan semua yang jahat tu buruk. kadang kala yang cantik tu yang akan membahayakan kita. lumrah la, manusia,suka pandang yang cantik luaran je kan?..
















aku malas nak tulis dah!!!
hahahahaha


wekk!
:P




p/s: owh..selain dari bermuka cantik dan hensem..zaman sekarang ni penjahat juga bermuka baik,senyum manis,smart..berhati-hatilah!...ngeee~~~

No comments:

Followers