You Suck!
harini, aku datang awal ke tempat kerja, dengan harapan dapat hadirkan diri ke perjumpaan bulanan, tapi malangnya, kawan-kawan department aku merupakan orang-orang yang pasif..lebih suka membuat kerja sendiri..
untuk pengetahuan korang, kerja aku sekarang lebih kepada web..yang mana aku sendiri punya sedikit je ilmu jika dibandingkan dengan mereka..dan kalau korang boleh bayangkan..aku sekarang bekerja dengan orang-orang nerd...aku sendiri kadang-kadang tak tau macam mana nak get along dengan diorang..
bukan bermakna diorang ni serius sepanjang masa, cuma cara diorang bergurau, tak sama macam aku bergurau..get it?
owh..tapi itu bukanlah isi penting kepada tajuk di atas..~~~~
ceritanya begini..secara jujurnya, aku merupakan seorang daripada beribu atau berjuta pemandu yang suka memecut di lorong kanan..kecuali jika aku memandu perlahan..
nak dijadikan cerita, petang tadi sedang aku memecut laju tak laju mana, sebuah kereta Kelisa putih..nombor plat BGW 27 yang dipandu oleh seorang mamat warganegara Malaysia, turut memandu di lorong kanan..
malangnya, cara mamat kelisa ni memandu boleh di ibaratkan seperti seorang yang kehilangan telur..atau mungkin telurnya tertinggal di pejabat..atau dirumah ketika sedang sibuk bergegas ke tempat kerja pagi tadi..
sekejap-sekejap brek..jarak antara kereta dia dengan kereta depan boleh masuk lima buah kereta lagi...bagitau aku..siapa yang x geram?siapa yang x rasa nak maki dan menjahanamkan dia terutama ketika waktu penat balik kerja dan kita sedang mengejar waktu maghrib?...tell me..
aku, seperti biasa, dengan kuasa mulut longkang yang ada, memaki hamun seorang diri pada mamat kehilangan telur ni..bila hilang segala sabar dan bila dirasakan maki hamun tu x berjaya untuk melajukan pergerakan keretanya..aku gunakan lampu tinggi..dengan harapan dia faham..dengan harapan mungkin dia boleh melajukan kereta kelisa berlesen P tu..
tapi malang..tiada respon..dan aku, yang sememangnya punya sindrom kurang sabar dan cepat marah, terus melencong dan memandu laju...di ikuti beberapa buah kenderaan yang lain..
aku fikir, aku sorang je yang kurang sabar dengan mamat tu..tapi, rupanya, kebanyakan kereta yang ada belakang dia, turut sama bagi lampu tinggi..
dey..kalau rasa baru dapat lesen, duduk tengah..tak pun duduk belah paling kiri..kalau susah sangat, ambik pemandu persendirian..jangan nak tunjuk lagak duduk kanan..
yes, mungkin ada sesetengah pemandu yang suka memandu laju, dengan sengaja himpit dekat-dekat..tapi, cubalah berfikiran positif..mungkin mereka mengejar masa..mak sakit tenat, isteri nak bersalin..nak hadiri pengkebumian...siapa tahu kan?
so..please..have a heart..jangan ego sgt..jangan bodoh sgt..kalau tak..u suck!...macam mamat kelisa ni..aku tak tahu apa masalah dia..tapi disebabkan dia,secara tiba-tiba aku terkeluar ayat..u suck!...
pada gf mamat kelisa tu..banyak-banyakkan bersabar..bf u mmg nampak cool..tapi..
p/s: mamat tu drive seorang diri..gf tu hanyalah andaian semata..ting!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya dah bertunang
Isteri orang: adik ada boyfriend?..dah kahwin?
aku: saya dah tunang kak...
..................................................................
itu adalah sebahagian daripada conversation aku dengan isteri orang yang secara tiba-tiba menelefon aku untuk dapatkan kepastian yang aku ni bukanlah skandal suami dia..
simpang malaikat 44..aku bukanlah orang yang akan terpikat dengan suami orang..dan aku harap dijauhkan..sebab aku tahu apa rasanya hak milik kita diambil orang..cewah!
pagi-pagi lagi kakak tu call aku, tanya pasal aku n suami dia..
untuk pengetahuan, suami dia memang ada call aku, tapi dalam sebulan tu sekali je aku rasa, dan bila dia datang KL, ada beberapa kali dia ajak aku keluar..tapi disebabkan aku memang tak berminat dengan dia, aku buat pelbagai alasan...macam 1001 malam..tapi ni 1001 alasan..
aku mengaku dengan kakak tu yang suami dia ada call aku..dan aku explain semuanya..nasib kakak tu x melenting dan tuduh aku secara membuta tuli..sebab aku pun bukan tahu yang suami dia dah kahwin..
dan nasib juga lah suami dia bukan taste aku..sebab aku ni adalah seorang yang sgt tasteless dalam memilih lelaki..hahaha..
dan x pasal-pasal plak aku terpaksa mengaku yang aku dah bertunang..masa aku cakap tu, dalam otak aku fikir sorang ni je..gila gedik..konon la kalau kakak tu tanya tunang aku siapa kan..gila bongok sampai ke situ..
bila dia dengar yang aku dah bertunang, terus dengar suara dia macam lega sikit..dan memang tu tujuan aku..sekurang-kurangnya dia tahu yang aku x berminat dengan suami dia..
dan secara tiba-tiba kakak ni bercerita sedikit pasal suami dia..dan aku faham..sangat memahami..:)..
lelaki sekarang ni, aku tak faham..terutama suami orang..apa yang dicari sebenarnya pun aku tak tahu..
p/s: sebelum kita punya perasaan untuk mencari yang baru..cuba kita fikir, at the first place..kenapa kita kahwin, bercinta dengan isteri / girlfriend kita..sebab bagi aku, orang sekarang ni lebih mudah melatah, terlalu cepat buat keputusan secara terburu-buru..bercerai-berai, skandal sana-sini..subhanallah..semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara macamtu..:)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/S: kadang-kadang, kehidupan tak seperti yang kita rancangkan..tabah..dan tabah..Insya'Allah, segalanya akan lebih baik kemudian hari
No comments:
Post a Comment