Monday, June 13, 2011

Pilihan atau keutamaan?


Semua orang adalah pelakon utama dalam kehidupan sendiri..dan jika bernasib baik, kita mungkin berpeluang menjadi pelakon utama dalam kehidupan orang lain.

selalunya, orang yang berjaya jadi pelakon utama dalam kehidupan orang lain adalah orang yang diberikan keutamaan..dan bukannya pilihan.

aku, x mahu lagi jadi pilihan..xmahu lagi sekadar memegang watak picisan bila mana hanya muncul disaat-saat pelakon utama tidak muncul  

aku mahu jadi keutamaan..mahu pegang watak utama setelah sekian lama hanya diberikan watak sampingan...mungkin bukan dalam kehidupan orang lain..tapi sekurang-kurangnya, aku harus memegang watak utama dalam kehidupan sendiri. ..itu lebih menguntungkan.

selalunya, pelakon akan bermula dengan watak sampingan dulu..bila dah ada nama, dah berjaya, dah dipercayai, baru diberikan watak utama..
aku percaya, satu hari, suatu masa nanti, kita semua akan jadi watak utama dalam kehidupan seseorang..
cuma lama atau sekejap je yang perlu kita tunggu.
dalam masa yang sama, kita kena bersedia untuk terima apa sahaja watak yang diberikan untuk kita dalam kehidupan orang lain....:)




p/s:The past cannot be changed, forgotten, edited, or erased. It can only be accepted.












No comments:

Followers