Monday, December 05, 2011

Thank you perhaps?

Assalammualaikum..:)


Pernah dgr or terbaca x..orang selalu kata...


"Kadang-kadang Allah hilangkan matahari, lalu dia hadirkan kilat dan guruh. Lalu kita menangis mencari di mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..."




semua org selalu guna..walaupun aku punya pandangan lain ttg ayat ni..tapi harini aku nak guna kat sini...


tengahari tadi..aku dapat msg...


"Aku tinggalkan kamu kerana tuhan nak bagi yang lebih baik untuk kamu"


aku x tau nak balas apa..dan jalan yg terbaik memang x perlu dibalas..sebab..tu yg terbaik..(ape ntah)


aku sendiri xtau apa yg terbaiknya..apa yg buruknya..sebab semuanya bukan keputusan yang dibuat oleh aku...


lgpun..aku xnak balas msg tu sbb aku tahu..bila aku msg dalam keadaan marah..perkara akan jadi lebih buruk..so let it be..


masa depan tu jauh lg..dan aku sendiri tak tahu apa yg aku ada sekarang adalah yg terbaik utk aku atau hanya sekadar menguji diri...


memang..tuhan mungkin hadiahkan kita pelangi selepas kilat dan guruh..tapi mungkin kita terlupa..pelangi tu hanya sementara...dan kadang-kadang pelangi tu tiada penghujungnya..tergantung di awangan..


aku tak mahu pelangi..
aku xmahu matahari..
yang aku mahu
hanya berpijak di bumi...


lebih nyata..lebih teguh untuk berdiri...kenapa perlu mendongak ke langit kalau kita sendiri kurang pasti apa yang kita lihat di atas sana?...


aku hanya manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan untuk diperlihatkan..aku xpernah mintak yang lebih dari apa yang sepatutnya aku dapat..cukup sekadar memenuhi apa yang perlu..


lagipun..bila kita dah terlalu banyak dikecewakan..*ceh*...kita xkan berani untuk bergerak menghadapi masa depan tanpa pegangan dan pertolongan dari yang maha kuasa...sebab at the end..kita sedar..sejauh mana pun kita pandang..setinggi mana langit pun yg kita dongak...kita tetap perlu melihat kiri dan kanan..depan dan belakang...kerana itu yang paling dekat dengan kita..dan kita takkan kemana-mana kalau jalannya bukan untuk kita.


apa yg aku nampak..masing-masing ada jalan hidup sendiri..dan aku sendiri x pasti kenapa sampai sekarang perlu diulang-ulang benda yang dah lama dibuang lenyap dalam hati...


mungkin betul..macam yg aku selalu baca..


"Kita takkan rasa bersyukur selagi kita tak kehilangan apa yg kita ada"


Tapi bagi aku, kehilangan bukanlah cara untuk kita menimbulkan rasa menghargai seseorang, sepatutnya, hargailah apa yg kita ada sebab x mustahil bila apa yang kita ada tu pergi, kita xkan dapat sama seperti apa yang pernah kita terima dulu..


lain orang lain caranya...




p/s:  Jika dia lebih dariku
       Lebih baik untukmu, aku bisa terima
       Tapi bila kau tak temukan bahagia
       Kau juga harus bisa terima



``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Jika apa yg kamu rasakan itu betul..terima kasih kerana meninggalkan ku..:)





No comments:

Followers